BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 7, 2009

SeJarAh


Lipatan sejarah tahun 1992, pasti akan kekal dalam ingatan sebagai tahun yang penuh tragedi kebakaran di seluruh negara mengakibatkan jutaan ringgit hilang begitu sahaja manakala ramai yang menjadi korban.

Persoalan utama yang bermain di kepala ialah bagaimana kebakaran itu boleh berlaku? Jawapannya bukan sahaja kecuaian manusia semasa menggunakan bahan-bahan api tetapi juga sistem kawalan kesalamatan dan sistem pencegahan kebakaran sesebuah bangunan yang lemah. Sekiranya kawalan keselamatan lengkap dan berfungsi dengan baik, banyak kebakaran terutamanya di bangunan atau kawasan kediaman dapat dielakkan.

Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia telah mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Pada tahun 1998 kebakaran yang disebabkan oleh gangguan kuasa elektrik berjumlah 961 kes. Jumlah kes ini menurun sebanyak 18 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 1991, punca kebakaran ini mencatatkan sebanyak 1,145kes, iaitu peningkatan sebanyak 93 kes berbanding dengan tahun 1990. Kebakaran yang berpunca daripada gangguan kuasa elektrik mencatatkan 1,198 kes pada tahun 1992.

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran yang berpunca daripada pembuangan puntung rokok mencatatkan kes yang agak tinggi, iaitu 1,310 kes pada tahun 1998. Pada tahun 1989, angka ini meningkatkan sebanyak 657 kes dan menjadi 1,967 kes. Pada tahun 1991 pula, kebakaran akibat pembuangan putung rokok mencatatkan 1,829 kes, iaitu penurunan sebanyak 1,098 kes berbanding dengan tahun 1990. Pada tahun 1992, punca ini menyebabkan 2,018 kes kebakaran. Ketika itu musim perayaan, terutama Hari Raya Aidilfitri dan Tahun baru Cina, banyak kebakaran berlaku di kawasan-kawasan luar Bandar .Permainan mercun yang berleluasa dan kecuaian ketika bermain mercun juga mengakibatkan kebakaran berlaku.

Pembakaran mercun menyebabkan berlakunya banyak kes kebakaran. Umpamanya pada tahun 1988, punca ini menyebabkan 165 kes kebakaran dan bertambah sebanyak 331 kes pada tahun 1989.Namun demikian, pada tahun berikutnya, bilangan kebakaran yang disebabkan oleh pembakaran mercun berkurangan dengan catatan 408 kes kebakaran sahaja. Setahun kemudian, iaitu pada tahun1991, angka ini meningkatkan sebanyak 35 kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Oleh kerana larangan daripada kerajaan, bilangan kes kebakaran akibat pembakaran mercun menurun kepada 155 kes sahaja pada tahun 1992.

Pengunaan ubat nyamuk atau lilin juga dianggap sebagai salah satu punca yang boleh menyebabkan kebakaran. Pada tahun 1988,1989 dan 1990 kebakaran yang berpunca daripada perbuatan ini meningkatkan daripada 177 kes, kepada 217 kes dan 272 kes masing-masing. Namun demikian, bilangan kes kebakaran akibat perbuatan ini menurun sebanyak 5 kes pada tahun 1991 dan 4 kes pada tahun 1992 berbanding dengan tahun sebelumnya.

(Sumber: Diubahsuai daripada Laporan Jabatan Bomba Malaysia)

GaMbAr-GaMbAr kebAkAran














SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI KEBAKARAN



• Bangunan di tempat anda mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.

• Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.

• Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari pengesan asap. Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.

• Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang keci!. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran.

• Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu. Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik anda

Monday, October 5, 2009

~~TIPS MENYELAMATKAN DIRI~~


TIPS MENYELAMATKAN DIRI

• Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamatkan diri dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 em) dari paras lantai di mana pada tahap ini udaranya bersih.

• Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pinlu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.

• Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.

• Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.

Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbual dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil..



BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA

Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI

Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG

Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL

Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP

Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.

http://www.mvfra.org/TIPSFIRE.htm